Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T, Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekali lagi mencatat kecemerlangan yang baik bagi Keputusan SPM dengan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2025 dengan memperolehi nilai 1.06. Peningkatan GPS dari tahun 2024 iaitu 1.15 kepada SPM 2025 1.06. Malah keputusan tahun ini lebih baik dari pencapaian tahun 2023 dimana MTNP dinobatkan sebagai sekolah terbaik Malaysia dengan GPS 1.07 ketika itu.
Seramai 70 orang pelajar menduduki peperiksaan ini dengan 3 aliran utama iaitu Sains Tulen, Sains Fizikal dan Sains Akaun. Seramai 25 orang pelajar mendapat keputusan penuh Straight A dan 63 orang mendapat keputusan 8A dan ke atas.




