Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Bersama Guru-Guru Kumpulan Pendidikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Tahun 2024 pada 5 Mei 2024 bertempat di Dewan Utama Yayasan Pahang.
Majlis ini telah menghimpunkan kesemua pensyarah, guru dan pembantu guru dari enam (6) institusi dibawah Kumpulan Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. iaitu :
1. Maahad Tahfiz Negeri Pahang
2. Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
3. Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang
4. Tadika Tahfiz Negeri Pahang
5. Tadika Tahfiz Naluri Pintar
6. YP Genius Nest Centre
Dalam majlis berkenaan, Dato Indera Mahmud b. Mohd Nawawi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahabg merangkap Pengarah Urusan TPSB telah menyampai amanat bertemakan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia’.