Johan Piala Menteri Besar Pahang

MTNP telah menghantar dua pasukan debat bagi menyertai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah dan Belia, Piala Menteri Besar Pahang yang bermula pada 5 hingga 7 September 2023 bertempat di SMK Teknik Kuantan.


Alhamdulillah, pasukan debat MTNP A telah dinobatkan sebagai JOHAN kategori Sekolah Menengah manakala kumpulan debat MTNP B telah mendapat tempat ke-3 kategori yang sama, seterusnya pasukan debat MTNP A akan mewakili Pahang ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di WP Labuan pada 1-4 Oktober 2023


Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang.


Tahniah !

Scroll to Top