21 November 2025, Jumaat – Majlis Restu Ilmu MTNP telah berlangsung dengan penuh hikmah dan suasana yang menyentuh hati apabila Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang bersama barisan pengurusan serta para guru hadir bagi memberikan kata-kata semangat serta restu kepada para pelajar Tingkatan 5.
Melalui sesi amanat, motivasi dan doa yang dipimpin bersama, majlis ini bertujuan membangkitkan keyakinan diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM 2025. Diharapkan majlis ini menjadi suntikan inspirasi serta membuka pintu kejayaan buat semua calon Tingkatan 5 MTNP.




