Alhamdulillah telah selesai program Rehat Minda Pelajar Tingkatan 5 MTNP 2023 di sekitar Negeri Perak.
Program Rehat Minda merupakan program tahunan yang dianjurkan kepada pelajar tingkatan 5 bagi merehatkan minda para pelajar selepas berjuang menduduki peperiksaan percubaan SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM yang sebenar.
Terima kasih buat pihak pengurusan MTNP, MPIBG dan semua yang terlibat dalam menjayakan program Rehat Minda tingkatan 5 kali ini. Semoga program ini mampu meberikan suntikan motivasi buat para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM in shaa Allah.