Alhamdulillah, pagi ini sedang berlangsung Majlis Solat Hajat & Pelaporan Peperiksaan Percubaan SPM 2025 bersama ibu bapa.
Seperti kebiasaannya di MTNP, pelaporan pelajar dibuat secara terus dengan guru subjek. Maka, ibu bapa akan dapat mengetahui perkembangan pelajar dari segi akademik, hafazan dan hala tuju pelajar.
Semoga usaha ini dapat memberikan suntikan semangat buat pelajar untuk terus fokus bagi menempuh peperiksaan SPM 2025 yang semakin hampir.




