Menjunjung Kasih Tuanku.

Daulat Tuanku.


Patik Merafak Sembah Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Tahun 2025.


Sesungguhnya patik beriltizam dan akan terus berusaha dengan sedaya upaya bagi menyumbang khidmat bakti yang cemerlang kepada Raja dan Negeri Pahang Darul Makmur yang dicintai ini, disamping terus membawa agenda memperkasakan lagi institusi pendidikan tahfiz di negeri ini.


Semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berada dalam keafiatan, bersemayam di takhta kerajaan dengan segala kebesaran dan kedaulatan, serta terus berperanan sebagai lambang keutuhan negeri yang menaungi seluruh rakyat jelata.


Menjunjung Kasih Tuanku.

Daulat Tuanku.


DATO’ HJ. MOHD LAFZUL BIN MUDA AL-HAFIZ

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

26 JULAI 2025 BERSAMAAN 1 SAFAR 1447H

Scroll to Top