Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2024 MTNP Mendapat Tajaan Biasiswa Ke Menara Gading

Alhamdulillah, semua pelajar lepasan SPM 2024 MTNP seramai 57 orang telah berjaya mendapat tawaran pengajian ke menara gading.


Dari jumlah tersebut seramai 11 orang pelajar sedang menjalani program persediaan pengajian ke luar negara di Ambang Asuhan Jepun, Pra Perancis, Pra New Zealand, Pra Mesir, Pra Asutralia dan sebagainya. Selebihnya menyambung pengajian di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi PETRONAS, Universiti Tenaga Nasion(UNITEN), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Kolej Matrikulasi dan Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain.


Antara bidang yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2024 MTNP adalah bidang kedoktoran, pergigian, sains teknologi, kejuruteraan pesawat, kejuruteraan petroleum, kewangan, perakaunan, perguruan, undang-undang, keagamaan dan lain-lain.


Bagi tajaan biasiswa, seramai 24 orang pelajar pelajar SPM 2024 telah berjaya mendapat biasiswa yang berprestij seperti JPA MARA, JPA JKPJ, JPA LPSM, JPA PPF2, YTP MARA, Yayasan Peneraju, UNITEN Bright, JAKIM dan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang.


Tahniah! Anda semua kebanggaan Negeri Pahang.

Scroll to Top