Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MTNP

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MTNP bersama-sama para pelajar dan kakitangan MTNP di Dewan Mahkota MTNP.


Pelbagai juadah dihidangkan yang merupakan sumbangan secara bersama oleh ibu bapa, para pelajar serta kelab guru dan kakitangan MTNP.


Selain itu, para pelajar turut diberikan peluang menghias booth tingkatan masing-masing mengikut tema dan kreativiti mereka. Hadiah booth terbaik juga turut disampaikan diakhir majlis.


Paling mengujakan adalah persembahan beberapa buah lagu raya oleh kumpulan ukulele terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 2 MTNP.


Semoga majlis yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat mengajar erti bersyukur dan mengeratkan silaturrahim sesama warga MTNP.

Scroll to Top