Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Tahfiz Profesional 2025

Alhamdulillah, suasana penuh wibawa dan semangat juang menyerlah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sempena Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Tahfiz Profesional 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.


Majlis lebih bermakna dengan kehadiran Berbahagia ASP Mohd Shafiq bin Azizan, Ketua Unit Rondaan Bermotosikal Daerah Kuantan, wakil rasmi Ketua Polis Daerah Kuantan. yang menyampaikan amanat kepimpinan serta menyempurnakan penyampaian watikah kepada para huffaz muda berjiwa besar.


Pelantikan ini bukan sekadar simbolik, tapi satu permulaan perjalanan kepimpinan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Para pelajar yang dilantik diharap mampu memimpin dengan integriti dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan lain.


Tahniah buat semua pemimpin baharu! Teruskan langkah dengan penuh dedikasi, demi mengangkat nama MTNP ke persada dunia.

Scroll to Top