Suasana pantai yang indah dan mendamaikan menjadi medium untuk pelajar merehatkan jiwa serta merapatkan ukhuwah. Program Rehat & Rawat Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan di Pantai Sepat pada 22 Ogos 2025 memberi peluang kepada pelajar menikmati momen bersama alam.
Sememangnya, pengalaman ini bukan sekadar percutian minda, tetapi juga suntikan semangat baharu untuk terus melangkah. Program Rehat & Rawat ini akan diteruskan secara berperingkat untuk tingkatan lain agar semua pelajar turut merasai keindahan terapi alam semula jadi.
Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Semoga program ini memberi manfaat besar kepada semua pelajar yang terlibat.