Program Sukarelawan Habit Cemerlang Berbakti Kepada Masyarakat (Tingkatan 5)

Bagi tahun 2025, satu Habit Cemerlang yang baru telah diperkenal iaitu Berbakti Kepada Masyarakat. Setiap pelajar perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya satu projek sukarelawan pada setiap tahun mengikut tema yang telah ditetapkan.

Pada 20 Julai, pelajar Tingkatan 5 menjadi pemula kepada program ini dengan melaksanakan program sukarelawan di Pusat Prihatin Pahang dengan kerjasama Dapur Infaq Ummah Kuantan dengan tujuan menyantuni golongan rentan di sekitar Jalan Bunga Kemboja.

Mereka menyediakan makanan tengah hari dan juga kit kebersihan untuk diagihkan kepada 130 orang penduduk di situ.

Semoga program sebegini dapat membentuk peribadi yang mulia dalam diri pelajar serta empati yang tinggi akan keadaan masyarakat sekeliling.

Memartabatkan al-Quran

PMI MTNP

Scroll to Top