TYMBA National Accounting Quiz Challenge 2025

TYMBA National Accounting Quiz Challenge 2025 (NAQC25), telah disertai oleh 4500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 & tingkatan 5 Dari seluruh Malaysia.


Pertandingan NAQC25 terdiri daripada dua pusingan saringan, di mana saringan pertama dijalankan secara dalam talian pada 20-28 September 2025, manakala pusingan akhir diadakan secara bersemuka pada 11 Oktober 2025.


Seramai 500 orang peserta bagi setiap tingkatan telah berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas menempuh saringan pertama secara dalam talian.


Seramai 12 orang pelajar MTNP telah berjaya ke pusingan akhir. (Tujuh orang pelajar tingkatan 5 dan lima orang pelajar tingkatan 4)


Alhamdulillah pelajar MTNP berjaya meraih pencapaian berikut:


TOP 100


1. SITI NUR ALLYA BATRISYIA BINTI MOHAMAD SABRI (5AM)

2. HUMAIRA INSYIRAH BINTI MUHAMMAD RIZAL (5AM)


TOP 50

1. NADINE QAILA BINTI NOR AZHARI (5AM)


TOP 10

1. MUHAMMAD HARIZ HAKIMI BIN MOHD FARIZ (4IK)


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Sekalung penghargaan juga kepada semua warga MTNP atas doa dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan.

Scroll to Top