MTNP Terkini

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2024

20 November 2023 : Alhamdulillah, esok 21 hingga 23 November 2023 akan bermula sesi temuduga bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 Tahfiz Profesional sesi 2024. Harapan semoga semua mendoakan agar perjalanan temuduga selama 3 hari berlangsung dengan baik dan dipermudahkan segala urusan dan cuaca akan baik-baik sahaja. Kepada yang terlibat, sila baca Panduan Menghadiri Temuduga dengan […]

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2024 Read More »

Rehat Minda Pelajar Tingkatan 5 MTNP

Alhamdulillah telah selesai program Rehat Minda Pelajar Tingkatan 5 MTNP 2023 di sekitar Negeri Perak. Program Rehat Minda merupakan program tahunan yang dianjurkan kepada pelajar tingkatan 5 bagi merehatkan minda para pelajar selepas berjuang menduduki peperiksaan percubaan SPM sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM yang sebenar. Terima kasih buat pihak pengurusan MTNP, MPIBG dan semua yang

Rehat Minda Pelajar Tingkatan 5 MTNP Read More »

Pertandingan Liga Hafazan Al-Quran 2023

14 November 2023 – MTNP dengan kerjasama Yayasan Pahang akan menganjurkan Pertandingan Liga Hafazan Al-Quran secara dalam talian peringkat Negeri Pahang untuk tahun 2023. Pertandingan terbuka kepada seluruh warga Negeri Pahang lelaki dan perempuan yang berumur 13 hingga 25 tahun layak untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan peringkat saringan akan dilaksanakan secara dalam talian manakala pertandingan

Pertandingan Liga Hafazan Al-Quran 2023 Read More »

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara KEMAS dan YP

7 November 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Yayasan Pahang (YP) di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampung Sri

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Antara KEMAS dan YP Read More »

Insan Junior Researchers International Conference (iJURECON 2023)

28 Oktober – Alhamdulillah, empat orang pelajar Tingkatan 4, MTNP telah membentangkan penyelidikan mereka dalam Insan Junior Researchers International Conference (iJURECON 2023) bertempat di Kolej Genius Insan, USIM yang berlangsung pada 27 hingga 28 Oktober 2023. Penyelidikan yang bertajuk “Pengurusan Kebakaran Hutan Paya Gambut di Negeri Pahang: Tindakan dan Cabaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP)”

Insan Junior Researchers International Conference (iJURECON 2023) Read More »

Tawaran Sebutharga

26 Oktober 2023 – Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang mempelawa kontraktor-kontraktor berlesen yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyertai ; ‘Cadangan Reka Bina Bagi Kerja-Kerja Membekal, Dan Memasang Perabot Pentadbiran Di Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang Fasa 1 Di Tanjung Lumpur 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.’ (MGSB/PEMB-05-04/2023) Sesi Taklimat

Tawaran Sebutharga Read More »

Scroll to Top