Dari Pahang ke Timur Tengah

11 September 2025 – Seramai 13 orang pelajar lepasan MTTNP berlepas ke Morocco malam tadi bagi melanjutkan pengajian ke 4 buah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Waqaf Kerajaan Maghribi.


Untuk rekod, dalam peperiksaan SPM 2024 lalu, MTTNP telah berjaya mencatat gred purata sekolah (GPS) 0.52 dengan 92% pelajar memperolehi straight A.


Pencapaian ini sekaligus melayakkan kesemua pelajar ini menyambung pengajian ke timur tengah seperti Morocco dan Jordan termasuklah universiti tempatan sepertimana pecahan berikut :


Morocco : 13 orang


Jordan : 6 orang


IPT dalam negara : 6 orang


MTTNP merupakan sebuah institusi pendidikan milik kerajaan Negeri Pahang yang menawarkan pendidikan tahfiz beserta pengajian ilmu turath kearah melahirkan ulama rabbani.


Jom sertai kami di MTTNP untuk kemasukan 2026, mohon sekarang di laman sesawang MTTNP, pautan diruang komen.

Scroll to Top