Lawatan Ilmiah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Alhamdulillah, seramai 76 orang pelajar dalam kalangan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah terpilih untuk menyertai lawatan ilmiah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur.


Program ini dirangka khas sebagai ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan sahsiah terpuji khususnya dalam Program Habit Cemerlang Bangun Awal Pagi. Pelajar terpilih adalah pelajar yang konsisten hadir ke masjid seawal jam 5.30 pagi.


Lawatan ini bukan sekadar penyuntik semangat motivasi dan disiplin, malah untuk membuka minda, memperluas wawasan, dan merasai sendiri nadi dunia penerbitan Islam serta bahan-bahan keilmuan terkini.

Moga program ini menyuburkan minat pelajar terhadap ilmu, serta mengukuhkan budaya membaca sebagai benteng kekuatan ummah.

Scroll to Top