Program Kembara Ilmu dan Qiamullail

Alhamdulillah, telah berlangsung sebahagian Program Kembara Ilmu dan Qiamullail Bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tahun 2025 bertempat di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang.


Program bermula dengan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, seterusnya solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat dipimpin oleh Ustaz Mohamad Syaheed bin Sabri Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.


Program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Zahrullail bin Mohd Jaid.


Program malam ini ditangguhkan dengan Taklimat Program Qiamullail dan Jamuan Malam.

Scroll to Top