Program Bakti Siswa di Maahad Tahfiz Ar-Rusyd

Pelepasan mahasiswa/wi pelajar diploma seramai 65 orang dan Pensyarah Jabatan Diploma mengikuti program Bakti Siswa di Maahad Tahfiz Ar-Rusyd, Kampung Gahai dan Kampung Bertang di daerah Lipis, Pahang.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa bagi menabur bakti kepada komuniti luar baik dari aspek tenaga seperti menghulur bantuan dan juga aspek ilmiah dengan berkongsi ilmu kepada masyarakat di sana.

Semoga program seperti ini mampu melahirkan modal insan cemerlang sekaligus menjadi nilai tambah kepada para mahasiswa.

Scroll to Top