Diskusi Ilmiah Bersama Al-Habib Umar Bin Hamid Al-Jailani

Alhamdulillah, MTNP berasa amat bertuah pada hari ini kerana menerima kunjungan seorang tokoh ulama iaitu Al-Habib Umar bin Hamid Al-Jailani. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sangat dihormati.


Al-Habib Umar dilahirkan di Hadramaut, Yaman pada tahun 1950 dan memulakan pengajian Syariah di bawah bimbingan ayahandanya serta para profesor Syariah terkemuka. Selepas menamatkan pengajian lebih 30 tahun yang lalu, beliau berhijrah ke Mekah dan kini aktif sebagai pensyarah jemputan dalam jurusan Syariah khususnya pemahaman Shafie di dalam bidang Undang-undang Islam berdasarkan kepada Undang-undang Syariah and contoh kehidupan Rasulullah SAW.


Dalam majlis yang penuh barakah ini, Habib telah menyampaikan nasihat penuh hikmah mengenai Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tunjang kese|amatan umat serta kelebihan para penuntut ilmu dan penghafaz Al-Quran sebagai golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT.


Semoga setiap mutiara ilmu yang dikongsikan terus subur dalam jiwa pelajar dan diamalkan dalam kehidupan mereka.

Scroll to Top