Kunjung hormat telah berlangsung pada 9 Ogos 2025 di Kuala Lumpur bersempena kehadiran Fadhilatu Al-Sheikh Dr. Mohamad Ali Atafay ke Malaysia bagi menghakimi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa baru-baru ini.
Dalam sesi tersebut, delegasi Yayasan Pahang dan MTNP telah berbincang berkenaan peluang-peluang kerjasama yang boleh dijalinkan kearah memperkasakan lagi pendidikan islam di negeri Pahang. Antara hasil perbincangan adalah :
1. Peluang menghantar pelajar-pelajar Pahang ke 4 kampus Universiti al-Qurawiyyin di bawah kelolaan Kementerian Waqaf Maghribi iaitu :
a) Jāmi’ al-Qarawiyyin, Fes
b) Madrasah Muhammad Hasan al-Tsani, Casablanca
c) Maahad Muhammad al-Sadis, Rabat
d) Darul Hadis al-Hasaniah, Rabat
2. Latihan sistematik untuk qari dan qariah pahang di Morocco dibawah bimbingan beliau dan pakar-pakar al-Quran di Morocco.
3. Kerjasama pembangunan al-Quran di negeri Pahang termasuklah membabitkan usaha penulisan al-Quran.
4. Kesediaan beliau membantu menyediakan kemudahan dan khidmat pemudahcaraan bagi pelajar Pahang yang belajar di sana.
Semoga kerjasama yang terjalin ini akan membawa negeri Pahang ke satu mercu yang lebih tinggi dalam usaha memperkasakan lagi pendidikan islam di negeri ini.