Kunjung Hormat Majlis Sukan Pahang

Pada hari Khamis, 30 Mac 2023, Majlis Sukan Pahang telah mengadakan sesi kunjung hormat ke MTNP. Delegasi Majlis Sukan Pahang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Pengarah MSP dan turut bersama beliau adalah seramai 4 orang lagi pegawai MSP.

Dalam sesi pertemuan mahabbah itu, pihak MSP telah menyatakan beberapa hasrat kepada Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al Hafiz untuk menjalinkan kerjasama antara MSP dan MTNP terutamanya dalam sukan yang menjadi kebitaraan MTNP seperti ekuestrian, golf dan memanah.

Turut dibincangkan adalah perancangan sukan lawan pedang memandangkan salah seorang pelajar Tingkatan 4 MTNP iaitu Sofea Nurfatnin Abdul Razak merupakan wakil Malaysia bagi sukan tersebut.

Semoga kunjung hormat dari MSP ini akan memberi impak yang positif kepada pembangunan kokurikulum pelajar MTNP.

Scroll to Top