Alhamdulillah. Jabatan Diploma MTNP dengan jayanya telah melaksanakan kerjasama julung kali bersama pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 bagi menjayakan Kursus Profesionalisme Imam.
Kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan ilmu berkaitan tugas-tugas hakiki Imam, di samping memberi pendedahan mendalam mengenai fiqh solat berjemaah terutama Masbuq muafiq, pengurusan imam, serta seni suara ketika mengimamkan solat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Hormat Dato Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. atas cetusan idea dan visi beliau yang membolehkan program ini direalisasikan.
Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi bermanfaat di masa hadapan.




