Alhamdulillah, sedang berlangsung Hari Pelaporan Pelajar Tahfiz Profesional Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat MTNP 2024 sebelum pulang bercuti akhir semester.
Seperti biasa, guru diasingkan mengikut kelas dan subjek mata pelajaran bagi memudahkan ibubapa berjumpa dengan guru dan mendapatkan maklumat tentang prestasi anak masing-masing sepanjang tahun 2024.
Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar. Semoga kembali ke MTNP semula nanti dengan lebih banyak kejayaan yang bakal dicapai.