Kertas Terakhir SPM 2024 bagi Pelajar MTTNP

Alhamdullilah, pagi tadi telah selesai kertas terakhir SPM 2024 bagi pelajar Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) untuk subjek Al-Usul Al-Din. Semangat juang anak-anak pelajar ditambah dukungan yang tidak pernah putus daripada ibubapa serta semua warga yang sentiasa mendoakan yang terbaik.


Disempurnakan dengan sujud syukur tanda kebergantungan sepenuhnya kepada Allah atas setiap usaha yang telah digarap.


Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz memberikan kata nasihat dan tanda sokongan moral yang tidak pernah putus dari keseluruhan warga Tahfiz Pahang dan Yayasan Pahang.


Semoga setiap amalan dilakukan menjadi timbangan berat mizan hasanah di akhirat kelak.

Scroll to Top