21 Ogos 2025 : Alhamdulillah, MTNP telah menerima kunjungan mahabbah tokoh ulama’ terkenal : Habib Ali Zainal Abidin pada hari ini. Seluruh warga MTNP sangat bertuah apabila Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid sudi utk menyampaikan mutiara ilmu beliau melalui slot tausiah ilmiah. Beberapa orang pelajar termasuk warga kerja MTNP turut mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan kepada Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.
Semoga kunjungan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid ke MTNP akan mengundang barakah dari Allah seterusnya menjadi asbab kecemerlangan MTNP.