PERHIMPUNAN MINGGUAN MTNP
Mengiktiraf Keunggulan, Menyemarakkan Kejayaan.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, Perhimpunan Mingguan Maahad Tahfiz Negeri Pahang pagi ini telah diserikan dengan penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama MTNP melalui penyertaan dan kejayaan di pelbagai pertandingan berprestij tinggi, di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Antara pertandingan yang telah disertai ialah:
Hippo & Asia Pacific Conference
Islamic Schools Mathematical Olympiad (ISMO)
Virtual Innovation Competition (VIC 2025)
Pertandingan Teater Sejarah Tingkatan 3
Yang Hormat Dato’ Hj Mohd Lafzul Bin Muda Al Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. telah menyempurnakan penyerahan dan penyampaian kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menempatkan nama di pertandingan yang mereka sertai.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan, ketekunan dan kecemerlangan dalam mengangkat nama MTNP ke persada yang lebih gemilang.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga MTNP untuk terus melakar kejayaan, seiring dengan misi dan visi MTNP.




