Alhamdulillah, 161 pelajar Tahfiz Profesional telah menyertai PISSF 2025 anjuran Pengakap Pahang yg telah diadakan pada 16 Ogos 2025 bertempat di Stadium Tertutup Sukan Pahang ( SUKPA ) Kuantan, yg bermula seawal jam 7 pagi dengan ketibaan para peserta dari seluruh negara dan berakhir pada jam 3 petang.
Program yang berstatus peringkat Kebangsaan ini menghimpunkan ribuan para pelajar dari hampir seluruh negara dengan pengisian pelbagai aktiviti kepengakapan yang begitu menarik & sesuai dengan peringkat umur para pelajar sekolah menengah.
MTNP yang julung-julung kalinya menyertai PISSF ini telah menghantar penyertaan seramai 161 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Semoga program seperti ini akan memberikan impak positif kepada kehidupan para pelajar selain dari sasaran MTNP utk memastikan pencapaian skor PAJSK setiap pelajar berada pada skor yang terbaik.