Kunjung Hormat ke Bank Negara Malaysia (BNM)

27 Februari 2025, Kuala Lumpur – Delegasi MTNP telah mengadakan kunjungan hormat ke BNM diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd (TPSB) dan disertai pengurusan dan beberapa pegawai.


Kunjungan telah disambut oleh En. Faizal Muhammad Sudin – Timbalan Pengarah, Talent Attraction and Employer Branding dan Puan Nur Aqilah Mahfar – Manager, Scholarship Management and Development.


Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan MTNP kepada pihak BNM disamping merintis peluang penajaan bagi pelajar-pelajar MTNP menyambung pengajian ke luar negara.


Sebelum itu, pada sebelah tengahari, Ketua Pegawai Eksekutif TPSB turut berkesempatan bertemu dan makan tengahari bersama beberapa orang alumni MTNP yang kini sedang berkhidmat di BNM iaitu Adam Faliq bin Abd Ghani dan Sofeana bt Mohd Farid.

Scroll to Top