Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Mahkota MTNP.
Majlis telah dimulakan dengan ceramah penghayatan ramadhan yang disampaikan oleh YH. Dato Badlishah bin Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang, diikuti dengan pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 1446H yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., YBhg. Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz.