Program Kembara Ilmu dan Qiamullail

Alhamdulillah, meneruskan Program Kembara Ilmu dan Qiamullail Bersama-sama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tahun 2025 bertempat di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang iaitu sesi Qiamullail.


Program bermula dengan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, seterusnya Qiamullail dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., Tuan Hj Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz.


Program diteruskan dengan Solat Subuh berjemaah dipimpin oleh Ustaz Sulaiman bin Nordin Al-Hafiz, Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Kuliah Subuh disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Nik Ibrahim bin Nik Abdullah, Qhadi Daerah Jengka.


Hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang agar Program ini menyatukan pelajar tahfiz, guru dan komuniti dalam mengejar ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Scroll to Top