Young Coders World Cup (YCWC) 2025 ialah pertandingan Pengaturcaraan dan Kecerdasan Buatan (AI) peringkat Antarabangsa. Dimaklumkan terdapat lebih dari 1200 penyertaan YCWC2025 dari 10 buah negara. Hanya satu projek yang layak dipilih mewakili negara bagi setiap kategori.
MTNP telah menghantar seorang pelajar tingkatan 4 aliran Sains Komputer, Muhammad Zafran Ng bin Affendi menyertai kategori AI Senior. Penyertaan ini memerlukan pelajar untuk menghantar projek pembangunan laman web berintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI). Terdapat 10 panel hakim antarabangsa pelbagai negara dari bidang akademik dan industri bagi pemarkahan ini, antaranya jurutera perisian Mercedes Benz.
Alhamdulillah. Wakil MTNP telah berjaya meraih tempat pertama YCWC 2025 peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Terima kasih diucapkan atas sokongan dan doa para pendidik serta warga MTNP keseluruhannya. Semoga MTNP meraih kejayaan berterusan akan datang.




