KUANTAN, 06 JUN 2024 : Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak hadir pada Majlis Penyampaian Insentif Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Negeri Pahang Darul Makmur yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kuantan, hari ini.
Hadir sama ialah YB Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang, Tuan Lee Chin Chen, Ahli Parlimen Paya Besar, YB. Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Encik Amzan Abdul Malek dan Ketua-Ketua Jabatan.-PAHANGMEDIA
Di majlis tersebut, alhamdulillah MTNP telah menerima anugerah kategori sekolah mendapat GPS dibawah 2.0 , manakala alumni SPM 2022 menerima insentif atas kecemerlangan SPM 2022.