ISNIN | PERHIMPUNAN MINGGUAN MTNP
Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Mingguan pada hari ini dalam suasana yang penuh semangat, tertib dan berdisiplin, mencerminkan jati diri warga Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang unggul dan berwibawa.
Perhimpunan pada kali ini bertambah seri dan bertenaga dengan kehadiran serta amanat yang disampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, yang telah kembali bertugas setelah selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah. Kata-kata penuh hikmah dan inspirasi yang disampaikan pastinya menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga MTNP untuk terus melangkah dengan lebih cemerlang.
Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian hadiah, sijil dan penghargaan kepada para pelajar atas pencapaian yang amat membanggakan, antaranya:
Kejayaan MTNP dalam MASISUPA Zon 1 Kali ke-42 Tahun 2026
MTNP telah dinobatkan sebagai Johan Acara Ilmiah dan seterusnya ditabalkan sebagai Johan Keseluruhan, membuktikan keunggulan pelajar dalam pelbagai lapangan ilmu.
Pahang 1st Halal-STEM Expo 2026
Alhamdulillah, kontinjen MTNP telah mencatat pencapaian yang amat membanggakan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Penghargaan tidak terhingga juga kepada para guru pembimbing yang sentiasa komited mencurahkan masa, tenaga dan bimbingan berterusan.
Kejohanan Catur Peringkat MSSD
Penyertaan pelajar MTNP turut menyerlahkan potensi dan kebolehan dalam bidang sukan minda, sekaligus mengangkat nama maahad ke persada yang lebih tinggi.
Semoga segala kejayaan yang diraih ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta terus menyemarakkan semangat warga MTNP untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.
“MTNP Terus Unggul, Melakar Kecemerlangan Dunia dan Akhirat.”




