Pingat Emas (Gold Award) dalam Jaringan Komuniti Inovator Muda Kebangsaan (ICoN) 2026

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada kumpulan pelajar atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan.


Inovasi Guavella, iaitu pelembap semula jadi berasaskan ekstrak daun jambu, bukan sahaja berjaya mengetengahkan idea kreatif berkonsepkan waste-to-wealth, malah turut membuktikan keupayaan pelajar dalam menghasilkan produk berasaskan sains yang mesra alam dan halal.


Pasukan ini telah berjaya meraih Pingat Emas (Gold Award) dalam Jaringan Komuniti Inovator Muda Kebangsaan (ICoN) 2026 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


Kejayaan ini jelas mencerminkan komitmen, kreativiti serta semangat inovasi yang tinggi dalam kalangan pelajar di samping bimbingan padu daripada penyelia.


Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berani mencuba, berinovasi dan mengharumkan nama institusi di persada yang lebih tinggi.

Scroll to Top