Pertandingan DIY Made Simple 2024 Peringkat Kebangsaan

PTI INTELS Pemenang Anugerah Most Like Video Pertandingan DIY Made Simple 2024 Peringkat Kebangsaan


Alhamdulillah, wakil kumpulan inovasi MTNP iaitu PTI Intels yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 iaitu Aufa Nur Annur, Nurul Jannah, Muhammad Farhan dan Irsyad Zafry telah memenangi anugerah Most Like Video dalam Pertandingan DIY Made Simple 2024: Wonder Waste Creation: Paper & Plastic Edition.


Penyampaian anugerah telah dijalankan di Universiti Malaya pada 15 Ogos 2024. Untuk makluman, Pertandingan DIY Made Simple merupakan pertandingan reka cipta untuk menambah baik prasarana/ruang sekolah secara Do-It-Yourself. Pertandingan ini dengan kerjasama MR DIY (Always Low Prices) telah menerima penyertaan daripada 192 buah sekolah di Malaysia dengan penglibatan pelajar dan guru seramai 2945 orang.


Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru penyelia yang telah berjaya memenangi anugerah ini. Semoga kemenangan yang dicapai oleh PTI Intels menjadi inspirasi kepada pelajar MTNP untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

Scroll to Top