Menghirup udara segar sambil melaksanakan aktiviti di tepi pantai mampu merembeskan hormon endorfin.
Itulah antara objektif utama program Rehat & Rawat dijalankan. Pelajar-pelajar melepaskan tekanan dan berseronok bermain bersama rakan sebaya. Selain melakukan aktiviti, pelajar juga berkelah dan makan bersama-sama sambil menikmati keindahan pantai.
Destinasi Rehat & Rawat Tingkatan 1 pada tahun ini diadakan di Pantai Anak Air yang mana melibatkan kesemua pelajar Tingkatan 1. Program berlangsung pada 4/7/2026 jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Kerjaya dengan kerjasama Pembimbing Rakan Sebaya dijalankan secara tahunan kepada semua pelajar. Diharapkan program ini memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.




