Alhamdulillah, telah berlangsung Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM kali Ke 34, 2026 pada hari ini 04.07.2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor darul Ehsan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yg. Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hassan.
Seramai 27 orang graduan Diploma Tahfiz Al- Quran dan Al-Qiraat bagi Kursus Elektif Qiraat dan Elektif Syariah telah berjaya menerima Sijil Diploma setelah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang selama 3 tahun pengajian di MTNP.
Alhamdulillah, 2 orang pelajar Diploma MTNP telah menerima anugerah sempena istiadat Konvokesyen pada kali ini iaitu :
1) ANUGERAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
: Saudara Wan Syimir Muhaimin bin Wan Ahmad Sadaba al-Hafiz (Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat – Kursus Elektif Qiraat).
2) ANUGERAH PENGERUSI LEMBAGA DARUL QURAN JAKIM
: Saudari Wafa’ binti Khairul Azmi al-Hafizah (Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat – Kursus Elektif Syariah)
Ketua Pegawai Eksekutif TPSB YH. Dato’ Mohd Lafzul bin Muda al- Hafiz turut hadir meraikan para graduan MTNP pada istiadat ini.




