Guru MTNP Rangkul Anugerah Emas Kolokium Inovasi Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas rezeki dan peluang yang dikurniakan.


Kami amat bersyukur kerana diberi penghormatan menerima Anugerah Emas🏅 dalam Kolokium Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan pada 4 Julai 2026 yang bertempat di USM Pulau Pinang dengan tajuk SMART-MMI: Sistem Relief Secara Digital MTNP.


Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha, kerjasama dan komitmen seluruh pasukan yang sentiasa percaya bahawa inovasi ini mampu membawa perubahan positif kepada proses PdPc dan pengurusan akademik secara menyeluruh.


Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berinovasi, berkongsi amalan terbaik dan memberikan yang terbaik kepada MTNP.🥇✨

Scroll to Top