Setinggi tahniah saudari Siti Saffa’ bt Shaharuddin, Alumni Diploma Tahfiz MTNP (2013-2016) yang telah menerima tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong tahun 2023 di Istana Negara semalam.
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D di UIAM dalam bidang pengurusan kewangan islam.
Semoga menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar MTNP yang lain.