Gemilang di Peringkat Antarabangsa: 2 Pingat Emas Milik MTNP!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan PTI Intels daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) atas kejayaan luar biasa merangkul 2 Pingat Emas di peringkat antarabangsa!


Kejayaan berganda ini telah dilakar menerusi dua pertandingan berprestij:


🏆Innovation World Cup (IWC) 2026

🏆International Innovation & Invention Competition 2026


Pertandingan yang berlangsung dari 2 hingga 6 Jun 2026 di Jakarta, Indonesia ini merupakan anjuran bersama Malaysia Innovation, Invention & Creativity Association (MIICA) dan Universitas Negeri Jakarta (UNJ). Acara berprestij ini turut berlangsung secara serentak di seluruh dunia.


Hampir 200 kumpulan inovator dari seluruh Asia Tenggara telah berhimpun untuk mempamerkan cetusan idea yang kritis, kreatif, dan berimpak tinggi. Kejayaan PTI Intels membuktikan bahawa produk inovasi pelajar MTNP mampu bersaing dan diiktiraf di pentas global.


Seluruh warga MTNP menzahirkan rasa bangga atas usaha gigih para pelajar dan guru pembimbing yang telah mengharumkan nama institusi di persada dunia. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat dan inspirasi kepada pelajar MTNP untuk terus meneroka budaya inovasi demi masa depan ummah.


InsyaAllah, terus melangkah gagah, MTNP! 🚀

Scroll to Top