Istiadat Konvokesyen Darul Quran, JAKIM Kali Ke-31, 2023

Telah berlangsung Istiadat Konvokesyen Darul Quran, JAKIM pada hari ini (27.07.2023 – Khamis) bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran, JAKIM. Istiadat ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Pada istiadat kali ini, seramai 25 orang Mahasiswa/wi Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat MTNP turut diraikan di atas kejayaan menamatkan pengajian selama 3 tahun (6 Semester) bersama 468 orang Mahasiswa/wi program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM seluruh Negara.


Pada istiadat ini juga, Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah diumum dan dinobatkan sebagai penerima anugerah-anugerah seperti berikut :


1)Anugerah Kecemerlangan Institusi 2023 (Kategori Pengurusan).

2)Anugerah Kecemerlangan Institusi 2023 (Kategori Pencapaian Akademik).

3)Anugerah Kecemerlangan Hafazan

(Saudari Nur Farhana binti Johari – Syukbah Qiraat)

4)Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran

(Saudari Rairi binti Ramli – Syukbah Syariah).

5)Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Saudara Muhammad Thariq bin Suhaimi – Syukbah Syariah).

6)Anugerah Kecemerlangan Akademik

(22 orang Mahasiswa/wi MTNP sesi 2020/2023 yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang).


TAHNIAH & SYABAS !

Scroll to Top