8 Oktober 2023 – Johan bagi Pertandingan Battle of Digital Ninja 2023, dimenangi oleh kumpulan Overgrown. Salah seorang ahli kumpulan Overgrown merupakan pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Muhammad Aqil (3M).
Untuk pengetahuan umum, program digital ninja merupakan program bersiri bermula 3 august sehingga 6 Oktober. Di mana peserta digital ninja perlu mereka & mencipta permainan digital yang berkonsepkan alam sekitar.
MTNP telah menghantar 10 org pelajar bagi lab siri pertama. Alhamdulillah 4 orang pelajar MTNP berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir yang berlangsung pada 7 Oktober. Pada 8 oktober seorang pelajar MTNP berjaya ke pusingan akhir dan menjadi johan keseluruhan bagi pertandingan ini.
Tahniah diucapkan kepada Aqil dan pasukan atas kejayaan ini.