Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan daripada Delegasi Ministry of Higher Education of Hashemite Kingdom of Jordan, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., YBhg. Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz dan barisan pengurusan.
Delegasi terdiri daripada Prof. Dr. Mamoun Al Debi’e, Secretary Ganeral, Mr. Mohammad Al Khattib, Unified Admission Director, Mr. Fadi Al Rousan, International Student Affairs Unit Director dan Prof. Dr. Nathir Obiedat, President of The University Tourism Unit.
Turut sama hadir mengiringi delegasi adalah Prof. Madya Dr. Radzuwan bin Ab Rashid, Pengarah Education Malaysia Jordan dan pegawai-pegawai dari UCYP University.
Semoga hubungan strategik yang terjalin ini akan membuka ruang lebih luas bagi pelajar-pelajar MTNP menyambung pengajian ke bumi Jordan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.