Majlis Ramah Mesra Pelajar SPM 2024

Khamis, 6 Februari 2025 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Pelajar SPM 2024 bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP.


Majlis telah dihadiri oleh Ybhg. En. Airulamri bin Amran, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang selaku wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang.


Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas sempurnanya sudah peperiksaan SPM 2024 yang telah bermula sejak awal Januari lalu.


Ia juga sebagai simbolik kepada pembukaan rasmi program ‘care SPM’ yang dikelolakan oleh unit kaunseling MTNP yang diisi dengan pelbagai program dan taklimat persediaan menyambung pengajian selepas SPM.


Sama-sama kita mendoakan kejayaan dan kecemerlangan mereka semua.

Scroll to Top