Tiga Pelajar Ditawarkan Biasiswa Kerajaan Maghribi

Tahniah kepada 3 orang pelajar Diploma Tahfiz MTNP yang telah ditawarkan pengajian di Maahad Muhammad As-Sadis, Universiti Qurawiyyin, Maghribi sesi pengajian 2023/2024.


Mereka akan menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang takhassus qiraat dan ijazah dirasat quraniah di universiti berkenaan malah turut ditawarkan biasiswa kerajaan Maghribi.


Untuk rekod, Nur Farhana merupakan pelajar wanita Malaysia pertama yang diterima masuk ke institusi berkenaan.


Universiti Qurawiyyin merupakan universiti tertua dunia yang telah ditubuhkan sejak tahun 857.

Scroll to Top