Alhamdulillah pada pagi ini MTNP berbesar hati menerima sumbangan sayur-sayuran segar sebanyak 120 kg daripada anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang iaitu YP Hevea Sdn Bhd.
Lebih menarik, sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik tersebut bebas racun dan juga dibaja secara organik. Ia akan dijadikan hidangan pelajar-pelajar MTNP di dewan makan.
Semoga YP Hevea terus maju jaya dan dapat menjadi peneraju kaedah pertanian secara moden pada masa depan.