IIEE 2023

5 Oktober 2023 – Pingat Emas, Gangsa dan Anugerah Best Category (Innovative Business Idea) telah dimenangi oleh MTNP dalam Pertandingan IIEE’23


Dua Kumpulan Inovasi dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mengukir kejayaan dengan meraih Pingat Emas, Pingat Gangsa, dan Anugerah Best Category (Innovative Business Idea) dalam Invention, Innovation & Entrepreneurship Idea Exhibition 2023 (IIEE’ 23) yang berlangsung di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Kuantan pada 5 Oktober 2023.


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua Kumpulan inovasi dari MTNP dan Guru Penyelia atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan yang mereka peroleh menjadi sumber inspirasi bagi peningkatan dalam bidang inovasi yang dapat memberikan impak positif tidak hanya kepada masyarakat, tetapi juga kepada negara.

Scroll to Top