Maljis Penutupan Multaqa Huffaz 2023

Alhamdulillah, telah berlangsung majlis penutupan Multaqa Huffaz 2023 dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz bertempat di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan, Pahang.


Program Multaqa Huffaz 2023 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 4 Disember 2023 dan berakhir hari ini adalah perhimpunan kali ketiga yang telah disertai oleh 400 peserta terdiri daripada pengurus, pengetua dan pensyarah tahfiz di seluruh negeri Pahang dan institusi pendidikan tahfiz kebangsaan.


Penganjuran kali pertama dianjurkan pada tahun 2010 oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dengan kerjasama Yayasan Pahang dan JAKIM. Manakala kali kedua, dianjurkan pada tahun 2018 oleh MTNP dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).


Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan sepanjang program kali ini oleh wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA).


Program Multaqa Huffaz 2023 kali ini dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, MUIP, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) dan PERMATA.


Jutaan terima kasih kepada barisan ahli panel dan semua peserta Multaqa Huffaz 2023, terima kasih juga kepada rakan-rakan kolaborasi program dan semua pihak yang menyumbang tenaga dan idea, juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan multaqa selama dua hari ini, mudah mudahan Allah Swt. mengurniakan keberkatan kerahmatan dengan perhimpunan kita ini.


Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara,

Pulang lah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara,


Bunga seroja diatas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.


Semoga bertemu lagi di Multaqa Huffaz akan datang.

Scroll to Top