Kunjung Hormat ke Negeri Sarawak

Alhamdulillah, satu lawatan kunjung hormat ke negeri Sarawak telah diadakan pada 22 Oktober 2024 bagi memperkenalkan MTNP serta menjalin kerjasama kearah memperkasakan lagi pendidikan tahfiz baik di MTNP mahupun di negeri Sarawak.


Delegasi lawatan MTNP telah diketuai oleh Dato Dr Hj Zulkifle bin Hj Ali Al-Hafiz, Ahli Lembaga Pengarah TPSB dan disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPSB serta Pengurus PMI MTNP.


Antara tempat kunjungan delegasi MTNP ialah :


1. Majlis Islam Sarawak (MIS) yang disambut oleh YDP MIS, Datu Hj Misnu bin Hj Taha

2. Jabatan Mufti Sarawak yang disambut oleh Sahibus Samahah Mufti Sarawak, Datu Kipli bin Yassin

3. Jabatan Agama Islam Sarawak yg disambut oleh Pengarah JAIS Tuan Hj Mual bin Hj Suaud


Semoga kunjungan ini dapat mempereratkan lagi hubungan dua hala yang dijalin serta membuahkan hasil yang diharapkan.

Scroll to Top