Alhamdulillah, seramai 10 orang pelajar Tahfiz Profesional yang terpilih mewakili 5 badan kepimpinan pelajar akan terlibat dengan program My Future Leaders School Tier 2.
Sebanyak 9 buah sekolah yang akan sama-sama terlibat dengan program bagi sesi kali ini bermula 10 Jun 2024 hingga 14 Jun 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.
Semoga program ini dapat memberi impak positif serta menambahbaik kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar MTNP
“Membangunkan Profesional Islam Masa Depan”